Wow Jepun!
  • Utama
  • 2013 Trip
  • Visa ke Jepun
  • FAQ

Panduan Melancong Ke Jepun

Tempat-tempat Menarik Di Jepun.

WOW! Itulah perkataan yang terkeluar dari mulut aku setiap kali tengok gambar tempat-tempat menarik di Jepun. Dah lama aku tanam hasrat nak ke Jepun ni. Akhirnya, berjaya gak jejak kaki di Jepun pada bulan April 2013. Memang best! Rasa cam nak pergi lagi. 

Trip aku ke Jepun ni punca aku buat website WowJepun.com  - untuk kongsi pengalaman aku backpacking ke Jepun selama 10 hari. Penat aku buat research nak ke Jepun ni sebab maklumat bersepah sana sini di Internet. Jadi aku nak letak semua maklumat yang aku dapat kat website ni. Boleh juga jadi panduan pada sesiapa yang ada hasrat nak ke backpack ke Jepun macam aku, ya tak? 

Masa kat sana, tempat - tempat menarik di Jepun yang aku dah jejak semestinya Tokyo, Kyoto, Gunung Fuji, Hakone dan beberapa tempat yang lain. Gunung Fuji dan Hakone aku buat one day trip dari Tokyo je - of course, kena amik dua hari yang berlainan. Hehe. 
Shibuya Crossing
Manusia lintas jalan secara berjemaah di Shibuya Crossing. Salah satu lintasan pejalan kaki paling sibuk di Jepun dan mungkin juga di dunia.

Sila Klik Destinasi Yang Best Pada Gambar Bawah Ni.

Tokyo semestinya bandar yang terbesar di Jepun. Kyoto pulak merupakan bandar yang lebih laid back daripada Tokyo yang sentiasa sibuk. Untuk lawatan satu hari dari Tokyo boleh pilih samada ke Gunung Fuji atau Hakone. Nak pergi kedua-dua tempat pun boleh tapi dua hari yang berbeza la ya! Berminat nak buat lawatan satu hari dari Tokyo? Boleh baca lanjut kat sini.
Picture
TOKYO
KYOTO
GUNUNG FUJI
HAKONE
Kalau nak tau itinerary ke Jepun, boleh klik link kat atas yang tulis Trip 2013 tu atau klik sini. Exact itinerary aku di Jepun semua kat page tu. Sekali dengan duit aku yang melayang kat trip ni. *Cringe* Kau boleh tengok berapa banyak aku habiskan kat trip Jepun ni. Of course ada yang boleh dikurangkan dan dilebihkan ikut bajet masing-masing. Tak semestinya kena keluar kos sebanyak aku untuk enjoy trip ke Jepun. Aku letak semua maklumat tu sekadar panduan. 
Tokyo Sky Tree
Tokyo Sky Tree di Tokyo, Jepun.

Musim Paling Best Di Jepun.

Cherry blossom in Japan
Semestinya musim bunga sakura! Aku memang target ke Jepun masa musim sakura. Salah satu musim yang paling popular di Jepun. Tengok bunga-bunga sakura kembang lebat satu pokok memang satu pengalaman yang best gila! Sangat, sangat cantik! Tak tipu! Kalau kau pon cadang nak ke Jepun semasa musim bunga sakura ni...haaa kat sini ada sikit tips!
Nijojo Castle, Kyoto
Istana Nijo, Kyoto.

Apa lagi yang menarik di Jepun?

Observe the culture. Seriously. Salah satu feeling paling best di Jepun adalah customer service - memang terbaik! Kau beli makanan kat kedai roti ke konbini (convenience store) atau kat mana2 la. Orang layan kau dengan senyuman. Kau tanya direction kat pekerja stesen keretapi. Dorang cakap dengan mesra. Tak pernah lagi aku jumpa atau deal dengan orang yang masam muka. Bila kita bertanya, Dorang akan jawab dengan sungguh-sungguh. Tak pernah la dibalas dengan jawapan yang cam malas nak layan. Banyak lagi la boleh citer pasal culture ni tapi nak citer semua nanti tak cukup page. Haha. Kena pegi sana dan rasai sendiri.

Yang ni boleh kata pengalaman yang rare. Gempa bumi. Yerp, lagi sekali aku serious. Sebab aku lalui kejadian gempa bumi sebanyak dua kali walaupun aku kat sana cuma hanya 10 hari. Tapi tak ada yang perlu dirisaukan sebenarnya. Tapi cuak gak la masa first time tu. Hahaha. Rasa kelakar pun ada bila fikir balik. Gempa bumi kat Jepun memang common ya. In fact, orang-orang kat sana dah biasa sangat dengan gegaran gempa bumi dan dorang leh wat lek wat peace je bila ada kejadian gempa. Bagi dorang kalau gegaran tu tak sampai tahap barang-barang dalam rumah jatuh ke lantai ... itu adalah biasa. Life goes on dan dorang buat bodo je. Seriously! 

Ok banyak lagi sebenarnya perkara-perkara best di Jepun. Cerita banyak pun tak guna. Korang kena ke sana dan alami sendiri. Nak more info? Just browse this site. Hope it helps!

Aku Shan

Picture
Serba sedikit panduan melancong ke Jepun melalui pengalaman aku sendiri. Sesuai untuk backpackers atau sesiapa yang berminat jalan-jalan ke Jepun.

Like Wow Jepun

Website ni sebenarnya belum lengkap lagi. Aku akan tambah lagi tips dari semasa ke semasa. Sila Like page Wow Jepun. Segala update terbaru, aku akan announce di Facebook.
WowJepun.com © 2015 All Rights Reserved
  • Utama
  • 2013 Trip
  • Visa ke Jepun
  • FAQ