Wow Jepun!
  • Utama
  • 2013 Trip
  • Visa ke Jepun
  • FAQ

Gunung fuji

Gunung Fuji

Gunung Fuji ni memang harus masuk senarai wajib pergi di Jepun. *Buka buku nota kau, note pad kau ke dan letak Gunung Fuji dalam list wajib pergi sekarang!* Kalau tak pergi ke Gunung Fuji, rasa macam tak pergi Jepun. Seres ni! 

Gunung Fuji teramatlah famous dengan hiker yang daki ke puncak semata-mata untuk tengok sunrise.  Gunung ni tingginya 3776 m dan merupakan gunung paling tinggi di Jepun.

Gunung Fuji ni bentuknya macam kon terbalik yang symmetrical. Sebab tu Gunung Fuji ni lawa tengok dari pelbagai sudut. Lagi cantik bila ada lapisan salji kat puncak tu.

Gunung ni sebenarnya gunung berapi pendam. Maknanya ada possibility gunung ni akan meletus lagi. Bila? Tak tahu. Kali terakhir gunung ni meletus adalah dalam tahun 1807-08. Tapi jangan risau, confirm selamat datang sini sebab aktiviti volcanic kat gunung ni sentiasa dipantau. 


Kalau nak tahu, Gunung Fuji baru je diberi status UNESCO World Heritage Cultural Site pada Jun 2013. Lebih kurang dua bulan selepas trip aku ke Jepun. Memang tepat sangatlah pengiktirafan tu bagi aku sebab kawasan Gunung Fuji memang cantik gila dan alam semulajadi memang masih terpelihara dengan baik. 

Ok, korang mesti tak sabar kan nak ke Gunung Fuji? Ok kat bawah aku cerita cara paling senang nak ke sana dari Tokyo.
​

Bas ke Gunung Fuji. 

Cara paling senang nak ke Gunung Fuji dari Tokyo adalah dengan menaiki bas dari Shinjuku. Perjalanan ambil masa 1 jam 50 minit je. Aku cadang gerak pagi dan naik bas pukul 6 atau 7:10 pagi supaya sempat rayau kawasan Gunung Fuji dalam satu hari. 

Maklumat Terkini: Perkhidmatan Bas Keio telah memindahlan operasi ke Busta Shinjuku. Busta Shinjuku ni merupakan terminal bas baru yang terletak di tingkat 4, Shinjuku Station South Exit. Jadi, korang mesti naik bas ke Gunung Fuji dari stesen baru ni. 

Tahun 2013 masa aku ke Jepun, aku guna bas Keio untuk ke Gunung Fuji. Naik bas tu dari stesen bas lama yang tak jauh dari Stesen JR Shinjuku. So, dah tak relevant la kalau nak citer pengalaman aku naik bas Keio dari situ sekarang sebab stesen bas tu dah dipindahkan.

Maklumat tentang stesen bas baru ni korang boleh rujuk kat sini --> Shinjuku Expressway Bus Terminal. Aku nak cerita banyak pasal stesen baru ni pun tak boleh sebab aku dulu naik bas dari stesen bas lama. 

Kat website yang sama, korang boleh dapat banyak maklumat tentang bas ke Gunung Fuji seperti harga tiket, jadual perjalanan dan nak reserve tiket bas pun boleh. Tapi jangan tanya aku lebih-lebih pasal cara nak reserve tiket dari website ni sebab aku tak pernah guna website ni. Dulu tahun 2013 masa aku ke Jepun, kalau tak silap aku, website ni dah ada cuma limited untuk orang Jepun sahaja. Maknanya website tu dalam bahasa Jepun. Sekarang website ni dah dialih ke pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris ... so lebih mudah lah nak dapat maklumat bas ke Gunung Fuji. Page khas untuk tiket ke Gunung Fuji kat sini --> Tiket bas ke Gunung Fuji. 


Seterusnya ke Gunung Fuji Bahagian 1.

Kembali ke Lawatan Sehari dari Tokyo, Jepun.
Kembali ke laman Utama.
WowJepun.com © 2015 All Rights Reserved
  • Utama
  • 2013 Trip
  • Visa ke Jepun
  • FAQ