Kuil Fushimi Inari, Kyoto.
Kuil ni aku rasa salah satu tarikan kat Kyoto yang memang wajib masuk senarai kena pergi. Kuil Fushimi Inari ni terkenal dengan beribu-ribu tori gate macam kat bawah ni. Tori gate ni semua disusun cantik berdekatan satu sama lain ikut saiz. Ada tori gate yang tinggi dan ada yang rendah. Jadi, bolehlah berjalan kat bawah tori gate ni yang akhirnya nanti menuju ke hutan di Gunung Inari. Tapi aku tak la naik sampai ke hutan tu. Cukup lalu sehingga ke bahagian kuil ni je.

Sebenarnya ramai orang datang sini. Susah nak dapat shot yang takde orang. Bila lorong ni sunyi ...cepat-cepat snap gambar. Haha. Gambar-gambar aku amik kat sini, kebanyakannya ada muka orang lain. Tak boleh elak, redha jelah. Haha.
Gambar sebelah kiri ni adalah rupa tori gate dari depan. Kalau dari belakang macam gambar kat bawah ni ... perasan tak...ada tulisan. Tulisan tu adalah nama individu atau syarikat yang sumbang duit untuk satu tiang tori tu. So bayangkan, ada beribu-ribu tori gate kat sini. Banyak tuuuu duit kuil ni dapat. Hehe.
Oh, lagi satu nak masuk ke kuil ni percuma je. Tak perlu bayar satu yen pun. Oo yeah!

Ok dah terasa cam melompat-lompat nak datang Kyoto dan lawat Kuil Fushimi Inari ni? Senang tak nak pergi tempat ni? Jawapannya senang sangat. Stesen keretapi paling dekat adalah Stesen Inari dalam aliran keretapi JR. Keluar je dari stesen Inari ni ... jalan tak sampai 5 minit dah sampai kuil ni.
Aku sampai kuil ni dengan basikal jer. Heheh tu aku citer lain kali lah ye. Sementara tu, enjoy gambar-gambar kat Kuil Fushimi Inari kat bawah ni.
Aku sampai kuil ni dengan basikal jer. Heheh tu aku citer lain kali lah ye. Sementara tu, enjoy gambar-gambar kat Kuil Fushimi Inari kat bawah ni.