Wow Jepun!
  • Utama
  • 2013 Trip
  • Visa ke Jepun
  • FAQ

Kuil Sensoji, Asakusa

Kuil Sensoji yang terletak di Asakusa ni memang sangat terkenal di Tokyo. Pada hari aku datang sini, memang ramai pelancong yang datang termasuklah orang tempatan. Nak ambil gambar yang takde oang lalu lalang memang jangan mimpilah! Haha. Kuil Sensoji ni merupakan antara salah satu kuil Buddha yang tertua di Jepun dan telah dibina sejak abad ke tujuh. Lama sangat dah tu. 

Aku gerak dari Stesen Tokyo ke Stesen Kanda (130 yen) di aliran Yamanote untuk beralih menaiki keretapi di aliran Ginza (bawah tanah). Dari situ keretapi menuju ke Stesen Asakusa (160 yen). Perjalanan ni amik masa lebih kurang 15 minit. 

Kuil Sensoji ni dekat sangat dengan Stesen Asakusa. Rasanya ada dalam 2 minit jalan kaki keluar dari Stesen Asakusa dah boleh nampak pintu gerbang Kaminarimon - pintu masuk utama ke Kuil Sensoji. 
Picture
Pintu gerbang Kaminarimon terkenal dengan tanglung kertas bewarna merah yang sungguh besar. Ini merupakan pintu masuk ke Kuil Sensoji yang terletak tidak jauh dari Stesen Asakusa.
Shop, shop, shop! Itulah yang aku terpikir bila nampak Lorong Nakamise sepanjang 200 m selepas pintu gerbang Kaminarimon. Banyak kedai di kiri kanan jalan ni yang jual macam-macam jenis makanan dan minuman  dan juga cenderahati. Hehe memang rambang matalah dibuatnya! Yang menarik,  jalan ini pun sama usia dengan Kuil Sensoji!
Picture
Picture
Picture
Jalan Nakamise yang memang penuh dengan pengunjung. Kedai-kedai di sini dibuka dari pukul 10 pagi.
Memang aku syukur sangat pergi sini masa hari terakhir kat Jepun. Kalau tak, memang dah awal-awal lagi duit aku dah banyak habis kat sini. Hahaha. Aku cadang korang buat mende yang sama. Aku memang habiskan semua duit yen kat sini. Aku cuma tinggalkan beberapa yen je buat duit makan sebelum naik flight balik KL malam tu. 
Picture
Papantanda menunjukkan arah ke tandas di celah-celah kedai di Nakamise.
Picture
Tandas ini yang terletak di jalan belakang yang langsung tidak sibuk. Walaupun kecil tetapi cukup bersih untuk melepaskan segala hajat. Heheh.
Kami meneruskan lagi perjalanan sehingga ke hujung Lorong Nakamise ni. Di sini terdapat lagi satu pintu gerbang yang dipanggil Hozomon. Di sebelah kiri Hozomon terdapat pagoda lima tingkat dan berhadapan dengan Hozomon ini adalah dewan utama Kuil Sensoji di mana kebanyakan upacara dan majlis keagamaan diadakan. 

Tapi aku tak masuk dalam dewan tu walaupun boleh sebenarnya. Sebab? Aku nak lebih banyak masa untuk shopping kat Nakamise! Hahaha. 
Picture
Pintu gerbang Honzomon, Kuil Sensoji, Asakusa.
Picture
Pagoda lima tingkat.
Picture
Dewan utama Kuil Sensoji.
Aku sebenarnya macam tak percaya yang kuil ini sudah wujud sejak abad ke tujuh. Aku tengok binaan setiap pintu gerbang dan bangunan semuanya masih elok. Boleh nampak yang binaan di kawasan kuil ni dipelihara dengan sangat baik. 

Tanglung kertas warna merah yang tergantung di setiap pintu gerbang sebenarnya boleh dilipat ke atas. Aku nasib baik, sebab hari aku pergi tu tanglung tak dilipat. Tak rasa macam berkunjung ke Kuil Sensoji kalau takde tanglung merah yang besar tu. 

Kuil Sensoji ni juga terletak sangat dekat TOKYO SKYTREE. Jadi, tak hairanlah kalau menara ni dapat dilihat di celah-celah bangunan di kawasan Asakusa ni.

Beberapa gambar lagi di sekeliling kawasan kuil selepas ini.

Sebelum aku gerak ke Narita untuk naik flight balik KL, aku sempat singgah kejap di Asakusa Tourist Center yang terletak bertentangan dengan Kuil Sensoji. Memang tak boleh miss bangunan ni sebab rekabentuknya yang moden berbanding dengan bangunan di kawasan sekitar. 
Picture
Asakusa Culture Tourist Information Center.
Picture
Pusat maklumat pelancong di Asakusa ni memang mempunyai rekabentuk yang unik dan menarik.
Picture
Kalau nak tau lebih lanjut lagi mengenai kawasan-kawasan lain di Asakusa yang menarik untuk dilawati, haaaa bolehlah singgah sini bertanya apa-apa yang patut di kaunter di tingkat bawah. Nak ambil brochure ke apa, semua ada kat tingkat bawah sekali.

Tapi, itu bukan tujuan aku singgah ke pusat pelancong ni. Aku hanya nak naik ke tingkat paling atas untuk tengok panorama kawasan Asakusa dan Kuil Sensoji dari atas. Masuk je ke dalam pusat maklumat ni dan jalan ke lif, picit butang tingkat lapan. Di sinilah terdapat viewing deck FOC. 
 

Gambar kat bawah ni adalah view yang diambil dari atas. Cantik kan? Boleh nampak ramai sangat orang sepanjang Lorong Nakamise tu. 
Picture
Tuuuu dia. Dapat lihat keseluruhan kawasan Kuil Sensoji dari Kaminarimon, jalan Nakamise dan Honzomon selepas itu. Boleh juga dilihat pagoda 5 tingkat.
Selain Kuil Sensoji, di atas ni boleh juga tengok menara paling popular di Jepun sekarang - TOKYO SKYTREE. Tingkat lapan ni terbahagi kepada dua bahagian. Viewing deck di sebelah kanana dan ada sebuah cafe kecil di sebelah kiri. Tapi aku tak singgah la cafe tu sebab masa tu memang dah pokai! Hahaha. 
Picture
Tokyo Sky Tree kat belakang tu. Memang dekat ... nak jalan kaki ke sana ambik masa 20 minit jugak.
Picture
Sebab dah pokai, hanya mampu duduk je kat kerusi kat luar ni sambil rehat kan kaki yang asyik berjalan dari tadi.
Picture
Landmark lain yang boleh dilihat dari atas ni.
Lepas keluar dari Asakusa Culture Tourist Information Center tu, aku ada sikit masa lagi boleh luang, jadi aku heret gang menuju ke Sungai Sumida. Jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai ke Tokyo Cruise dari Kuil Sensoji. Kat sini terdapat perkhidmatan boat cruise yang melalui beberapa landmark di sepanjang Sungai Sumida. 
Picture
Baju hitam tu adik aku menuju ke Tokyo Cruise.
Picture
Ada satu boat baru sampai.
Menarik juga kalu dapat naik boat cruise tengok kawasan-kawasan di sepanjang Sungai Sumida ni. Tapi dah takde masa banyak sangat, jadi tengok je lah. Sungai Sumida ni memang bersih. Aku tak nampak satu pun sampah yang terapung dalam sungai ni.

Lagi gambar kat bawah. Klik untuk besarkan gambar ya.

Shopping Di Lorong Nakamise.

Haaaa aku nak juga cerita pasal shopping kan! Haha. Harga barang yang dijual kat sini, aku boleh kata berpatutan. Yang penting, setiap barang yang dijual kat sini memang berkualiti. Kat bawah ni aku tunjuk apa yang boleh dibeli kat Nakamise ni. Aku siap snap dengan harga sekali. Bukan apa senang nak bajet kalau berkenan kan. Sampai sana nanti dah tau berapa nak spend. Ya tak?

Satu tips untuk dapat harga murah - sila beli barang di kedai kat belakang atau hujung Lorong Nakamise. Kedai-kedai yang berdekatan dengan pintu Honzomon tu biasanya murah sikit berbanding dengan kedai-kedai di tengah atau depan. Contohnya, macam t-shirt, kedai kat belakang jual 980 yen sehelai. Tapi kedai kat depan boleh jual dalam 1000-1200 yen. Kedai depan sekali jual t-shirt berharga 2000 yen. Phew!

Satu yang aku tak pasti adalah - aktiviti tawar-menawar. Aku jenis yang tak reti menawar, jadi tak tahu kat sini boleh tawar-menawar atau tak. Aku biasanya bayar je harga yang tertulis kat barang tu. Heheh. 
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Hello Kitty pakai kimono. Kiiiuuuttttttttt!
Picture
Picture
Lawa kan key chain ni semua.
Picture
Pasu-pasu ni sesuai la buat cenderahati untuk mak-mak atau makcik-makcik.
Picture
Kipas Jepun Hello Kitty. Comel sangat!
Picture
Pelbagai Jenis biskut. Tak pasti buat daripada apa sebab aku tak tau baca tulisan Jepun. Aku hanya boleh agak 500 yen untuk 5 keping.
Picture
Paper lanterns.
Picture
Topeng pun ada jual.
Picture
Picture
Kalau tak salah aku, chopstick set yang 800 yen tu boleh ukir nama. Siap ukir kat situ jugak.
Picture
Kimono yang cantik-cantik. Kainnya memang berkualiti.
Picture
Mesti comei bebudak pakai baju ninja.
Picture
Picture
Hello Kitty di stokin.
Picture
Picture
Picture
Keychain TOKYO SKYTREE pun banyak jual kat sini.
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Lagi barangan Hello Kitty. Yang ni adalah bookmark.
Picture
Wind chime.
Picture
Ni la selipar Jepun yang betul- betul ori.
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Haa rambang mata tak tengok barang-barang kat Lorong Nakamise di Kuil Sensoji ni. Rambang mata kan? Rasa macam nak borong je mana yang nampak cantik. Betul tak? Haha. Jadi, sebelum pergi sana siapkan bajet dan jangan terlebih belanja sudah. Nanti ada pulak yang keje makan biskut kering hari-hari sementara tunggu flight balik ke Malaysia. :P


Ow, ada beberapa kedai kat Lorong Nakamise ni terima kad kredit. Aku perasan kedai jual kimono biasanya terima bayaran guna kad kredit. Otherwise, cash is king baby!

Kembali ke Tokyo, Jepun. 
Kembali ke laman Utama.
WowJepun.com © 2015 All Rights Reserved
  • Utama
  • 2013 Trip
  • Visa ke Jepun
  • FAQ