Trip Ke Kyoto, Jepun.
Kyoto ni bandarnya tak lah sebesar Tokyo. Dari sejarah pulak, Kyoto ni dulu merupakan pusat pentadbiran Jepun sebelum dipindahkan ke Edo (sekarang Tokyo). Jadi, Kyoto ni dulu bandar yang penting jugaklah. Banyak tinggalan tempat-tempat bersejarah kat Kyoto ni. Kalau kuil dan shrine tu memang banyak kat sini. Semua masih lagi kekal dalam keadaan baik. Kebanyakannya diiktiraf oleh UNESCO. Oleh sebab tu, aku pun terjebak nak jejakkan kaki ke Kyoto ni. Rasa macam rugi pulak ke Jepun kalau setakat rayau Tokyo je.
Kyoto ni tak ada lapangan terbang. Maknanya tak boleh naik flight terus ke Kyoto. Paling dekat pon flight ke Osaka. Dari Osaka boleh naik bas atau keretapi ke Kyoto. Tak smpai sejam dah smpai Kyoto. Kalau naik bas ambil masa lama sikit la...ikut keadaan trafik.
Kalau dari Tokyo boleh jugak naik bas dan keretapi. Tapi aku naik shinkansen dari Stesen Tokyo terus ke stesen Kyoto. Walaupon kena bayar mahal sikit tapi tak apalah, janji sampai cepat. Haha. Kalau naik bas mau kematu bontot duduk berjam-jam lamanya. Tapi ikut bajet masing-masing la kan..mana yg mampu dan selesa.
Tiket shinkansen aku beli melalui pakej sekali dengan hotel di Kyoto. Semua tempah dan bayar online siap-siap sebelum pergi.
Kalau naik pengangkutan awam, memang gate utama masuk ke Kyoto adalah di Stesen Kyoto. Semua perkhidmatan keretapi dan bas berhenti kat sini. Stesen ni besar ya amat, ruang jalan kaki luas dan rekabentuk bangunan pun moden. Siap dengan bumbung kaca. Dari luar nampak menarik sebab bumbung tu ada reflection awan dan langit.

Beberapa Destinasi Menarik Di Kyoto.
Tempat wajib dilawati di Kyoto.
Aku habiskan masa kat Kyoto ni 3 hari. Tapi rasa sekejap sangat. Hari kedua aku kat Kyoto, bangun pagi dan pergi sewa basikal. Gigih rayau kawasan Kyoto dengan roda dua. Haha. Memang pengalaman baru dan menarik berbasikal di Jepun. Baca tentang berbasikal di Kyoto.
Kalau ada kesempatan ke Jepun..bolehlah buat plan singgah ke Kyoto. Banyak tinggalan sejarah dan kuil-kuil lama kat sini yang masih dalam keadaan asal. Jadi, jangan lepas peluang singgah ke Kyoto bila ke Jepun ya.
Kembali ke laman Utama.
- Kuil Kiyomizu-dera
- Kuil Fushimi Inari
- Gion
- Bamboo grove, Arashimaya
- Istana Nijo
- Yodobashi